Sunday, January 27, 2013

GUNUNG ANGSI...SAPA KATA MUDAH??TRY DULU LA BARU TAU...DULU 10A,KINI TINGGAL 3A

"GUNUNG ANGSI...SAPA KATA MUDAH??TRY DULU LA BARU TAU...DULU 10A,KINI TINGGAL 3A"
Assalamu'alaikum W.B.T...
huh..dah lama x mengupdate blog yg deh bersawang dh nih...
kali ni aku nk berkongsi sikit sebanyak pengalaman menawan Gunung Angsi bersama rakan-rakan ku Apiz dan Afeb(yg ni ada kaitan dgn 10A dan 3A bagai tuh..jap lgi aku citer)..kitorg bertiga mengjoinkan diri kitorg dgn member2 kelas kwn kitorg ni..dorg plan nk daki Gunung Angsi..so,kitorg bertiga pun bercadang la nk join skali...tp,kitorg naik rilek2 je la..just nk menghayati keindahan flora dan fauna,sambil2 mereleaskan tension dlm kepala nih..
Firstly,jom kita berkenalan skit dgn Gunung Angsi nih...org kata,xkenal maka tak cinta(tpi,klw dh kenal pun,blum tntu lgi bleh cinta)...okeh..Gunung Angsi ni terletak di daerah Kuala Pilah..dekat dengan Hutan Rekreasi Ulu Bendul...ada air terjun..sambil2 tu boleh la mandi air terjun yang menyegarkan tu...Ketinggian Gunung Angsi ni adalah 2702 kaki bersamaan 825 meter...
Kami bertolak dari melaka sekitar jam 7.30 pagi...dan sampai ke kaki Gunung Angsi pada jam sekitar 9.30 pagi...selepas pendaftaran(nk daki kne bayar RM5 sorg),kami melakukan regangan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini dan membaca doa agar pendakian kami selamat...
Aku,Apiz,dan Afeb mengambil keputusan utk mendaki bertiga sahaja,dan tidak mengikuti kumpulan kelas kawan ktorg tu...so,diorang pun memulakan pendakian dihadapan...dan kami bertiga dibelakang sekali terpisah dengan mereka...
Pada permulaan pendakian,treknya agak mudah kerana landai dan tidak seperti Gunung Datuk yang trek permulaan pendakiannya yang agak curam...selepas melepasi check point Tangga Batu(bukan Tangga Batu kat Melaka),kami menyeberangi sebatang sungai yang amat jernih dan menyejukkan dan menyamankan...sempat untuk kami basuh muka bagi menyegarkan badan...selepas pada sungai tersebut,baru lah terasa kami merasa pendakian yang sebenar..treknya sudah mula curam dan menguji ketahanan mental dan fizikal...masa ni lah fitness masing2 teruji...namun,kami masih lagi mampu untuk berlari sambil mendaki...
Kemudian,kami tiba di satu kawasan yang memerlukan kami menggunakan tali untuk mendaki...kawasan disitu agak merbahaya kerana terdapat gaung di sebelah kirinya..dan keadaan tanahnya yang berpasir...kami perlu berhati-hati...selepas itu,kami melalui sebuah lorong yang seakan-akan gua/terowong kecil kerana laluannya yang sempit...
Selepas melalui kawasan yang sempit itu,kami perlu lagi mendaki untuk sampai ke puncak,dan disinilah kekuatan mental dan fizikal kami benar-benar diuji...treknya agak curam dan mencabar...
Alhamdulillah,kami bertiga akhirnya berjaya juga sampai ke puncak Gunung Angsi...
Ok...sekarang aku nk terangkan apa yang dimaksudkan dengan "DULU 10A,KINI TINGGAL 3A"
10 A tu adalah nama2 kami yang mendaki Gunung Ledang tahun lepas...nama kitorg smua mula dengan huruf A[Azam(aku la tu),Apiz,Alfee,Afeb,Atok,Aben,Anas,Asen,Atin,Aini] dan 3A tu adalah kami yang mendaki Gunung Angsi [Azam,Apiz,Afeb]...kali ni hanya kami bertiga sahaja yang naik sebab yang lain xdapat ikut dan bercuti....
Tapi syukur Alhamdulillah...lepas turun,badan xrasa lenguh2 dan sakit2 sebab kemungkinan treknya yang curam ketika hampir dengan puncak dan landai(mudah) di permulaan berbanding trek Gunung Datuk yang dari bawah smpai atas terus mencuram...Namun,walaupun trek Gunung Angsi hanya curam apabila hampir sampai puncak,ianya tetap mencabar dan menguji mental dan fizikal...andai tersilap percaturan, boleh membawa kepada "GIVE-UP"...Alhamdulillah,kami bertiga berjaya menawan Gunung Angsi...
Pesanan...sebelum mendaki tu,sarapan la dulu..jgn jadi mcm kami...smbil mendaki,perut asyik berkeroncong je berbunyi sebab xsarapan..huhuhu..sepanjang perjalanan tu la asyik fikir nk makan macam2 je bile dan smpai bawah...
Sekian dulu buat kali ini..kalau ade lagi Gunung yang kitorg daki,bleh la kongsi lagi pengalaman kat sini...
Wassalam...