Wednesday, August 8, 2012

3 HARI 2 MALAM DI GUNUNG DATUK

Assalamualaikum....

eeerrrggghhhh...setelah sekian lama x mengupdate blog dan menulis entri baru...tibe2 rase nk menaip plak hari ni...
ok..nk crita skit pengalaman kt gunung datuk kali ni...
gunung datuk...ramai yang mgkin telah berjaya menakluk puncak gunung datuk ini...sebenarnya,ak ditugaskan sebagai fasilitator utk student politeknik merlimau...selama 3 hari 2 malam disana...bersama dgn sahabat2 ku yg lain seramai lbih krg 6-7 org la...yg mengejutkan jantung ak adalah,kitorang akan menjaga seramai 123 orang student poli yg asalnya dikhabarkan hanyalah seramai 40 org...nasib baik ak xde sakit jantung...

hari pertama...3 ogos 2012 = 14 ramadhan 1433

xde ap sgt hr ni..tp pnt la jgk..sbb barisan fasi yg smpai dlu..lpas tu,student poli ni plak dijangkakan akn smpai dlm pkul 5...so,untuk menjimatkan masa dan xterkejar2 masa utk berbuka puasa,kami fasi2 ini dgn baik hatinya mendirikan khemah utk 123 org pljr ni..pnt la jgk..msa tu hnya 5 org yg pasang hmpir 30 khemah...lbih krg jam 5 ptg,student pn smpai..tp msa tu aku ke tampin dgn amirul dan afeb...beli brg2 keperluan...sakit hati la jgk..sbb asyik kne halau dgn JPJ je..dlm 5.30 ktorg blik gunung...then trun skli lgi cri brg..n xsmpt naik utk buke puase...jd,buke kt luar je la..Alhamdulillah,ade akak tu bg kuih..terima kasih akak..hehe...malamnya,hanyalah sesi ice breaking...

hari kedua...4 ogos 2012 = 15 ramadhan 1433

hari yang agak mencabar bg student2 ni sbb semua aktiviti adalah berbentuk outdoor...dan sememangnya memerlukan byk tenaga lagi2 di bulan puasa nih...yang paling mencabar adalah pada sesi ptg..dimana tenaga student2 ni boleh dikatakan sudah hmpir 30%..klw bateri henset tu,org kate dh low la..tp dgn semangat yg kuat,mereka menyahut cabaran untuk bermain "war game"..mmg menyeronokkan dan mencabar...stelah selesai,tibalah masa berbuka,solat maghrib dan terawih...dan...yang paling ditunggu2..mendaki puncak gunung datuk..dari 123 yg hadir,118 yang akan mendaki...pada mulanya diketuai oleh seseorang yg "agak berpengalaman"...dan dibantu oleh 6 org fasi...malang tidak berbau,jalan yg diikuti salah...kami patah balik ke base camp...kemudian,hj anuar(ketua fasi) meminta hafis utk lead...Alhamdulillah,jln ini adalah jalan yg benar...namun,smpai di pertengahan jalan,ada seorang student surrender dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan...hafiz dan afeb di tugaskan utk membawa student tersebut utk turun..yg lain teruskan perjalanan...tak lama kemudian,lagi seorang trut surrender...dan aku pula yg ditugaskan utk membawa student tersebut...dgn berbekalkan pengalaman aku yg hanya baru sekali naik gunung datuk,ak meyakinkan jgk diri aku utk turun wlwpun keadaan pada waktu itu malam dan ak xberapa mahir jalan disitu..Alhamdulillah ak berjaya membawa pelajar tersebut smpai ke bawah...aku,hafiz dan afeb mengambil kputusan utk stay kat bawah...

jam 5 pagi hari ketiga...5 ogos 2012 = 16 ramadhan 1433

satu group dh smpai ke base camp..tak lama kemudian kami mendapat panggilan dari fahmi(juga seorang fasi) mengatakan ada seorang pelajar cedera dan tidak boleh berjalan dan terpaksa diusung...aku,hafiz dan afeb bergegas naik keatas semula..namun dalam perjalanan,kami tersrempak dgn sekumpulan pelajar yg sedang turun..slah seorang darinya sudah kehabisan tenaga dan hampir pitam...kami mengambil keputusan utk hanya aku dan hafiz yang akan meneruskan pendakian,manakala afeb pula membantu pelajar yang hmpir pitam tersebut...aku dan hafiz meneruskan pendakian kam...tak lama kemudian,kami bertemu dgn fahmi dan pelajar yang cedera tersebut...tidak lama kemudian,ak mendapat panggilan dari puan rita memaklumkan yang ada seorang pelajarnya telah sesat...dan meminta kami utk mencari pelajar tersebut..ak dan haz(juga seorang fasi) telah berjaya menghubungi pelajar tersebut dan menanyakan lokasi dimana dia berada..haz menemui pelajar tersebut dalam perjalanan kami turun kebawah...berbali kepada pelajar yang cedera tadi...kami bersepakat utk membuat stretcher menggunakan kanvas dan 2 batang kayu pokok yang ditebang,kerana agak sukar untuk memapah atau mendukungnya di sepanjang perjalanan memandangkan jalan yang begitu curam dan merbahaya..dgn bantuan beberapa fasi dan pelajar2 yang ada,Alhamdulillah,kami berjaya membawa pelajar yang cedera tersebut smpai ke bawah...

Banyak pengalaman berharga yang kami semua dapat pada trip kali ini...sesungguhnya apa yang kami hadapi banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang amat berguna disaat-saat kritikal...
sekian dulu untuk kali ni...aku pun dah xde idea dah....
Assalamualaikum...