Thursday, September 20, 2012

RINDU DAN DOA....

Rindu...
Apakah itu rindu???
Ada apa dengan rindu???
Siapakah yang merasai rindu???
Dan siapakah insan yang dirindui???

Setiap insan pasti merasa akan perasaan rindu dan ingin dirindui...

Apatah lagi,
bagi insan yang sedang hangat bercinta...
bagi insan yang baru mengenal erti cinta...
bagi pasangan yang baru mendirikan bahtera bahagia...
bagi pasangan yang sekian lama tidak berjumpa...
bagi dua jiwa yang terpisah jauh...

Namun...
Bagaimanakah seseorang insan itu melahirkan rasa rindu itu???
Bagaimana dia bertindak lantaran dari perasaan rindu yang membara dalam jiwanya???
Bagaimana seorang hamba mengawal rasa rindu itu agar ia tetap dilandasan yang Diredhai oleh Dia yang mencampakkan rasa rindu itu di dalam jiwa yang hidup di muka bumi ini???

Aku???
Ya...memang aku merindui...
Rindu untuk berjumpa dengan seorang insan hebat yang tidak pernah aku lihat wajahnya...namun amat menyayangi umatnya...dialah Baginda Rasulullah S.A.W...
Aku merindui keluargaku yang jauh berada di kampung...
Merindui anak-anak buahku yang bermacam-macam keletah yang mencuit hati...
Rindu akan kenangan indah yang pernah tercoret dalam kamus hidupku...

Namun...
Ku jua punya perasaan merindui dan ingin dirindui seseorang...
Memang benar wujud seseorang yang aku rindu...
Seseorang yang hanya ku tahu namanya dan pernah ku lihat wajahnya, namun hanya seketika...
Seseorang yang telah membuat hatiku tertarik padanya tanpa terkeluar satu perkataan antara aku dan dia...
Hanya latar belakangnya telah membuat hatiku tersentuh untuk lebih mengenalinya...
Namun ku sedar...
Ada batas yang perlu ku jaga antara aku dan dia...
Agar impianku "Bercinta Selepas Nikah" akan tercapai...

Tetapi....
Sebelum itu...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku..
Sukar untuk mencari solehah dirimu andai soleku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik...

Sekarang dia berada jauh dari ku...
Bagiku,ada hikmah disebalik kejauhan ini...
Jarak ini memberiku kesempatan untuk aku memperbaiki diriku agar menjadi lebih baik...
Menjadi seorang yang mampu untuk memimpin makmumku...
Agar mahligai yang dibina mendapat rahmat dari-Nya hingga ke Syurga...

Namun...
Pabila berjauhan...
Ku tak nafikan,perasaan rindu yang mendatang...
Acap kali ku terfikirkan keadaannya disana...

Jarak dan Waktu menjadi pemisah antara aku dan dia buat masa ini...

Dan ketika inilah perasaan rindu itu mendatang....

Bagiku...
Cukuplah aku kenang dia dalam doaku...
Mendoakan akan kesejahteraan dan keselamatan dia disana...
Doa Nabi Yusuf a.s kepada Zulaikha ku ucapkan dari bibirku...

~"Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada -NAMANYA- sehingga menjadi kerinduannya...Aminnn "~


Tetapi...
Harus ku ingat...
Jodoh dan pertemuan di tangan Allah Yang Maha Mengetahui...
Kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang dan berusaha...
Andai ditakdirkan jodoh aku dan dia, pasti kami akan bersama...
Tetapi, andainya bukan namanya yang tertulis di Luh Mahfuz buat diriku,
Aku redha menerima ketentuan Ilahi...
Dan ku mengharapkan Allah mempertemukan dia dengan insan yang jauh lebih baik dari diri ku dan yang terbaik untuknya...
Aku percaya,apa yang telah Allah tentukan itu lebih baik untuk setiap hamba-Nya...


Sekian coretanku...
:::6:39|20/9/2012:::

Wednesday, August 8, 2012

3 HARI 2 MALAM DI GUNUNG DATUK

Assalamualaikum....

eeerrrggghhhh...setelah sekian lama x mengupdate blog dan menulis entri baru...tibe2 rase nk menaip plak hari ni...
ok..nk crita skit pengalaman kt gunung datuk kali ni...
gunung datuk...ramai yang mgkin telah berjaya menakluk puncak gunung datuk ini...sebenarnya,ak ditugaskan sebagai fasilitator utk student politeknik merlimau...selama 3 hari 2 malam disana...bersama dgn sahabat2 ku yg lain seramai lbih krg 6-7 org la...yg mengejutkan jantung ak adalah,kitorang akan menjaga seramai 123 orang student poli yg asalnya dikhabarkan hanyalah seramai 40 org...nasib baik ak xde sakit jantung...

hari pertama...3 ogos 2012 = 14 ramadhan 1433

xde ap sgt hr ni..tp pnt la jgk..sbb barisan fasi yg smpai dlu..lpas tu,student poli ni plak dijangkakan akn smpai dlm pkul 5...so,untuk menjimatkan masa dan xterkejar2 masa utk berbuka puasa,kami fasi2 ini dgn baik hatinya mendirikan khemah utk 123 org pljr ni..pnt la jgk..msa tu hnya 5 org yg pasang hmpir 30 khemah...lbih krg jam 5 ptg,student pn smpai..tp msa tu aku ke tampin dgn amirul dan afeb...beli brg2 keperluan...sakit hati la jgk..sbb asyik kne halau dgn JPJ je..dlm 5.30 ktorg blik gunung...then trun skli lgi cri brg..n xsmpt naik utk buke puase...jd,buke kt luar je la..Alhamdulillah,ade akak tu bg kuih..terima kasih akak..hehe...malamnya,hanyalah sesi ice breaking...

hari kedua...4 ogos 2012 = 15 ramadhan 1433

hari yang agak mencabar bg student2 ni sbb semua aktiviti adalah berbentuk outdoor...dan sememangnya memerlukan byk tenaga lagi2 di bulan puasa nih...yang paling mencabar adalah pada sesi ptg..dimana tenaga student2 ni boleh dikatakan sudah hmpir 30%..klw bateri henset tu,org kate dh low la..tp dgn semangat yg kuat,mereka menyahut cabaran untuk bermain "war game"..mmg menyeronokkan dan mencabar...stelah selesai,tibalah masa berbuka,solat maghrib dan terawih...dan...yang paling ditunggu2..mendaki puncak gunung datuk..dari 123 yg hadir,118 yang akan mendaki...pada mulanya diketuai oleh seseorang yg "agak berpengalaman"...dan dibantu oleh 6 org fasi...malang tidak berbau,jalan yg diikuti salah...kami patah balik ke base camp...kemudian,hj anuar(ketua fasi) meminta hafis utk lead...Alhamdulillah,jln ini adalah jalan yg benar...namun,smpai di pertengahan jalan,ada seorang student surrender dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan...hafiz dan afeb di tugaskan utk membawa student tersebut utk turun..yg lain teruskan perjalanan...tak lama kemudian,lagi seorang trut surrender...dan aku pula yg ditugaskan utk membawa student tersebut...dgn berbekalkan pengalaman aku yg hanya baru sekali naik gunung datuk,ak meyakinkan jgk diri aku utk turun wlwpun keadaan pada waktu itu malam dan ak xberapa mahir jalan disitu..Alhamdulillah ak berjaya membawa pelajar tersebut smpai ke bawah...aku,hafiz dan afeb mengambil kputusan utk stay kat bawah...

jam 5 pagi hari ketiga...5 ogos 2012 = 16 ramadhan 1433

satu group dh smpai ke base camp..tak lama kemudian kami mendapat panggilan dari fahmi(juga seorang fasi) mengatakan ada seorang pelajar cedera dan tidak boleh berjalan dan terpaksa diusung...aku,hafiz dan afeb bergegas naik keatas semula..namun dalam perjalanan,kami tersrempak dgn sekumpulan pelajar yg sedang turun..slah seorang darinya sudah kehabisan tenaga dan hampir pitam...kami mengambil keputusan utk hanya aku dan hafiz yang akan meneruskan pendakian,manakala afeb pula membantu pelajar yang hmpir pitam tersebut...aku dan hafiz meneruskan pendakian kam...tak lama kemudian,kami bertemu dgn fahmi dan pelajar yang cedera tersebut...tidak lama kemudian,ak mendapat panggilan dari puan rita memaklumkan yang ada seorang pelajarnya telah sesat...dan meminta kami utk mencari pelajar tersebut..ak dan haz(juga seorang fasi) telah berjaya menghubungi pelajar tersebut dan menanyakan lokasi dimana dia berada..haz menemui pelajar tersebut dalam perjalanan kami turun kebawah...berbali kepada pelajar yang cedera tadi...kami bersepakat utk membuat stretcher menggunakan kanvas dan 2 batang kayu pokok yang ditebang,kerana agak sukar untuk memapah atau mendukungnya di sepanjang perjalanan memandangkan jalan yang begitu curam dan merbahaya..dgn bantuan beberapa fasi dan pelajar2 yang ada,Alhamdulillah,kami berjaya membawa pelajar yang cedera tersebut smpai ke bawah...

Banyak pengalaman berharga yang kami semua dapat pada trip kali ini...sesungguhnya apa yang kami hadapi banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang amat berguna disaat-saat kritikal...
sekian dulu untuk kali ni...aku pun dah xde idea dah....
Assalamualaikum...