Sunday, January 27, 2013

GUNUNG ANGSI...SAPA KATA MUDAH??TRY DULU LA BARU TAU...DULU 10A,KINI TINGGAL 3A

"GUNUNG ANGSI...SAPA KATA MUDAH??TRY DULU LA BARU TAU...DULU 10A,KINI TINGGAL 3A"
Assalamu'alaikum W.B.T...
huh..dah lama x mengupdate blog yg deh bersawang dh nih...
kali ni aku nk berkongsi sikit sebanyak pengalaman menawan Gunung Angsi bersama rakan-rakan ku Apiz dan Afeb(yg ni ada kaitan dgn 10A dan 3A bagai tuh..jap lgi aku citer)..kitorg bertiga mengjoinkan diri kitorg dgn member2 kelas kwn kitorg ni..dorg plan nk daki Gunung Angsi..so,kitorg bertiga pun bercadang la nk join skali...tp,kitorg naik rilek2 je la..just nk menghayati keindahan flora dan fauna,sambil2 mereleaskan tension dlm kepala nih..
Firstly,jom kita berkenalan skit dgn Gunung Angsi nih...org kata,xkenal maka tak cinta(tpi,klw dh kenal pun,blum tntu lgi bleh cinta)...okeh..Gunung Angsi ni terletak di daerah Kuala Pilah..dekat dengan Hutan Rekreasi Ulu Bendul...ada air terjun..sambil2 tu boleh la mandi air terjun yang menyegarkan tu...Ketinggian Gunung Angsi ni adalah 2702 kaki bersamaan 825 meter...
Kami bertolak dari melaka sekitar jam 7.30 pagi...dan sampai ke kaki Gunung Angsi pada jam sekitar 9.30 pagi...selepas pendaftaran(nk daki kne bayar RM5 sorg),kami melakukan regangan bagi mengelakkan sebarang kecederaan yang tidak diingini dan membaca doa agar pendakian kami selamat...
Aku,Apiz,dan Afeb mengambil keputusan utk mendaki bertiga sahaja,dan tidak mengikuti kumpulan kelas kawan ktorg tu...so,diorang pun memulakan pendakian dihadapan...dan kami bertiga dibelakang sekali terpisah dengan mereka...
Pada permulaan pendakian,treknya agak mudah kerana landai dan tidak seperti Gunung Datuk yang trek permulaan pendakiannya yang agak curam...selepas melepasi check point Tangga Batu(bukan Tangga Batu kat Melaka),kami menyeberangi sebatang sungai yang amat jernih dan menyejukkan dan menyamankan...sempat untuk kami basuh muka bagi menyegarkan badan...selepas pada sungai tersebut,baru lah terasa kami merasa pendakian yang sebenar..treknya sudah mula curam dan menguji ketahanan mental dan fizikal...masa ni lah fitness masing2 teruji...namun,kami masih lagi mampu untuk berlari sambil mendaki...
Kemudian,kami tiba di satu kawasan yang memerlukan kami menggunakan tali untuk mendaki...kawasan disitu agak merbahaya kerana terdapat gaung di sebelah kirinya..dan keadaan tanahnya yang berpasir...kami perlu berhati-hati...selepas itu,kami melalui sebuah lorong yang seakan-akan gua/terowong kecil kerana laluannya yang sempit...
Selepas melalui kawasan yang sempit itu,kami perlu lagi mendaki untuk sampai ke puncak,dan disinilah kekuatan mental dan fizikal kami benar-benar diuji...treknya agak curam dan mencabar...
Alhamdulillah,kami bertiga akhirnya berjaya juga sampai ke puncak Gunung Angsi...
Ok...sekarang aku nk terangkan apa yang dimaksudkan dengan "DULU 10A,KINI TINGGAL 3A"
10 A tu adalah nama2 kami yang mendaki Gunung Ledang tahun lepas...nama kitorg smua mula dengan huruf A[Azam(aku la tu),Apiz,Alfee,Afeb,Atok,Aben,Anas,Asen,Atin,Aini] dan 3A tu adalah kami yang mendaki Gunung Angsi [Azam,Apiz,Afeb]...kali ni hanya kami bertiga sahaja yang naik sebab yang lain xdapat ikut dan bercuti....
Tapi syukur Alhamdulillah...lepas turun,badan xrasa lenguh2 dan sakit2 sebab kemungkinan treknya yang curam ketika hampir dengan puncak dan landai(mudah) di permulaan berbanding trek Gunung Datuk yang dari bawah smpai atas terus mencuram...Namun,walaupun trek Gunung Angsi hanya curam apabila hampir sampai puncak,ianya tetap mencabar dan menguji mental dan fizikal...andai tersilap percaturan, boleh membawa kepada "GIVE-UP"...Alhamdulillah,kami bertiga berjaya menawan Gunung Angsi...
Pesanan...sebelum mendaki tu,sarapan la dulu..jgn jadi mcm kami...smbil mendaki,perut asyik berkeroncong je berbunyi sebab xsarapan..huhuhu..sepanjang perjalanan tu la asyik fikir nk makan macam2 je bile dan smpai bawah...
Sekian dulu buat kali ini..kalau ade lagi Gunung yang kitorg daki,bleh la kongsi lagi pengalaman kat sini...
Wassalam...

Thursday, September 20, 2012

RINDU DAN DOA....

Rindu...
Apakah itu rindu???
Ada apa dengan rindu???
Siapakah yang merasai rindu???
Dan siapakah insan yang dirindui???

Setiap insan pasti merasa akan perasaan rindu dan ingin dirindui...

Apatah lagi,
bagi insan yang sedang hangat bercinta...
bagi insan yang baru mengenal erti cinta...
bagi pasangan yang baru mendirikan bahtera bahagia...
bagi pasangan yang sekian lama tidak berjumpa...
bagi dua jiwa yang terpisah jauh...

Namun...
Bagaimanakah seseorang insan itu melahirkan rasa rindu itu???
Bagaimana dia bertindak lantaran dari perasaan rindu yang membara dalam jiwanya???
Bagaimana seorang hamba mengawal rasa rindu itu agar ia tetap dilandasan yang Diredhai oleh Dia yang mencampakkan rasa rindu itu di dalam jiwa yang hidup di muka bumi ini???

Aku???
Ya...memang aku merindui...
Rindu untuk berjumpa dengan seorang insan hebat yang tidak pernah aku lihat wajahnya...namun amat menyayangi umatnya...dialah Baginda Rasulullah S.A.W...
Aku merindui keluargaku yang jauh berada di kampung...
Merindui anak-anak buahku yang bermacam-macam keletah yang mencuit hati...
Rindu akan kenangan indah yang pernah tercoret dalam kamus hidupku...

Namun...
Ku jua punya perasaan merindui dan ingin dirindui seseorang...
Memang benar wujud seseorang yang aku rindu...
Seseorang yang hanya ku tahu namanya dan pernah ku lihat wajahnya, namun hanya seketika...
Seseorang yang telah membuat hatiku tertarik padanya tanpa terkeluar satu perkataan antara aku dan dia...
Hanya latar belakangnya telah membuat hatiku tersentuh untuk lebih mengenalinya...
Namun ku sedar...
Ada batas yang perlu ku jaga antara aku dan dia...
Agar impianku "Bercinta Selepas Nikah" akan tercapai...

Tetapi....
Sebelum itu...
Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehkan diriku..
Sukar untuk mencari solehah dirimu andai soleku tidak setanding dgn kesolehahan mu..Janji ALLAH pastiku pegang dlm misi mencari diri ‘Lelaki yg baik untuk wanita yg baik...

Sekarang dia berada jauh dari ku...
Bagiku,ada hikmah disebalik kejauhan ini...
Jarak ini memberiku kesempatan untuk aku memperbaiki diriku agar menjadi lebih baik...
Menjadi seorang yang mampu untuk memimpin makmumku...
Agar mahligai yang dibina mendapat rahmat dari-Nya hingga ke Syurga...

Namun...
Pabila berjauhan...
Ku tak nafikan,perasaan rindu yang mendatang...
Acap kali ku terfikirkan keadaannya disana...

Jarak dan Waktu menjadi pemisah antara aku dan dia buat masa ini...

Dan ketika inilah perasaan rindu itu mendatang....

Bagiku...
Cukuplah aku kenang dia dalam doaku...
Mendoakan akan kesejahteraan dan keselamatan dia disana...
Doa Nabi Yusuf a.s kepada Zulaikha ku ucapkan dari bibirku...

~"Ya ALLAH, sampaikan salam rinduku kepada -NAMANYA- sehingga menjadi kerinduannya...Aminnn "~


Tetapi...
Harus ku ingat...
Jodoh dan pertemuan di tangan Allah Yang Maha Mengetahui...
Kita sebagai manusia hanya mampu untuk merancang dan berusaha...
Andai ditakdirkan jodoh aku dan dia, pasti kami akan bersama...
Tetapi, andainya bukan namanya yang tertulis di Luh Mahfuz buat diriku,
Aku redha menerima ketentuan Ilahi...
Dan ku mengharapkan Allah mempertemukan dia dengan insan yang jauh lebih baik dari diri ku dan yang terbaik untuknya...
Aku percaya,apa yang telah Allah tentukan itu lebih baik untuk setiap hamba-Nya...


Sekian coretanku...
:::6:39|20/9/2012:::

Wednesday, August 8, 2012

3 HARI 2 MALAM DI GUNUNG DATUK

Assalamualaikum....

eeerrrggghhhh...setelah sekian lama x mengupdate blog dan menulis entri baru...tibe2 rase nk menaip plak hari ni...
ok..nk crita skit pengalaman kt gunung datuk kali ni...
gunung datuk...ramai yang mgkin telah berjaya menakluk puncak gunung datuk ini...sebenarnya,ak ditugaskan sebagai fasilitator utk student politeknik merlimau...selama 3 hari 2 malam disana...bersama dgn sahabat2 ku yg lain seramai lbih krg 6-7 org la...yg mengejutkan jantung ak adalah,kitorang akan menjaga seramai 123 orang student poli yg asalnya dikhabarkan hanyalah seramai 40 org...nasib baik ak xde sakit jantung...

hari pertama...3 ogos 2012 = 14 ramadhan 1433

xde ap sgt hr ni..tp pnt la jgk..sbb barisan fasi yg smpai dlu..lpas tu,student poli ni plak dijangkakan akn smpai dlm pkul 5...so,untuk menjimatkan masa dan xterkejar2 masa utk berbuka puasa,kami fasi2 ini dgn baik hatinya mendirikan khemah utk 123 org pljr ni..pnt la jgk..msa tu hnya 5 org yg pasang hmpir 30 khemah...lbih krg jam 5 ptg,student pn smpai..tp msa tu aku ke tampin dgn amirul dan afeb...beli brg2 keperluan...sakit hati la jgk..sbb asyik kne halau dgn JPJ je..dlm 5.30 ktorg blik gunung...then trun skli lgi cri brg..n xsmpt naik utk buke puase...jd,buke kt luar je la..Alhamdulillah,ade akak tu bg kuih..terima kasih akak..hehe...malamnya,hanyalah sesi ice breaking...

hari kedua...4 ogos 2012 = 15 ramadhan 1433

hari yang agak mencabar bg student2 ni sbb semua aktiviti adalah berbentuk outdoor...dan sememangnya memerlukan byk tenaga lagi2 di bulan puasa nih...yang paling mencabar adalah pada sesi ptg..dimana tenaga student2 ni boleh dikatakan sudah hmpir 30%..klw bateri henset tu,org kate dh low la..tp dgn semangat yg kuat,mereka menyahut cabaran untuk bermain "war game"..mmg menyeronokkan dan mencabar...stelah selesai,tibalah masa berbuka,solat maghrib dan terawih...dan...yang paling ditunggu2..mendaki puncak gunung datuk..dari 123 yg hadir,118 yang akan mendaki...pada mulanya diketuai oleh seseorang yg "agak berpengalaman"...dan dibantu oleh 6 org fasi...malang tidak berbau,jalan yg diikuti salah...kami patah balik ke base camp...kemudian,hj anuar(ketua fasi) meminta hafis utk lead...Alhamdulillah,jln ini adalah jalan yg benar...namun,smpai di pertengahan jalan,ada seorang student surrender dan tidak mampu untuk meneruskan perjalanan...hafiz dan afeb di tugaskan utk membawa student tersebut utk turun..yg lain teruskan perjalanan...tak lama kemudian,lagi seorang trut surrender...dan aku pula yg ditugaskan utk membawa student tersebut...dgn berbekalkan pengalaman aku yg hanya baru sekali naik gunung datuk,ak meyakinkan jgk diri aku utk turun wlwpun keadaan pada waktu itu malam dan ak xberapa mahir jalan disitu..Alhamdulillah ak berjaya membawa pelajar tersebut smpai ke bawah...aku,hafiz dan afeb mengambil kputusan utk stay kat bawah...

jam 5 pagi hari ketiga...5 ogos 2012 = 16 ramadhan 1433

satu group dh smpai ke base camp..tak lama kemudian kami mendapat panggilan dari fahmi(juga seorang fasi) mengatakan ada seorang pelajar cedera dan tidak boleh berjalan dan terpaksa diusung...aku,hafiz dan afeb bergegas naik keatas semula..namun dalam perjalanan,kami tersrempak dgn sekumpulan pelajar yg sedang turun..slah seorang darinya sudah kehabisan tenaga dan hampir pitam...kami mengambil keputusan utk hanya aku dan hafiz yang akan meneruskan pendakian,manakala afeb pula membantu pelajar yang hmpir pitam tersebut...aku dan hafiz meneruskan pendakian kam...tak lama kemudian,kami bertemu dgn fahmi dan pelajar yang cedera tersebut...tidak lama kemudian,ak mendapat panggilan dari puan rita memaklumkan yang ada seorang pelajarnya telah sesat...dan meminta kami utk mencari pelajar tersebut..ak dan haz(juga seorang fasi) telah berjaya menghubungi pelajar tersebut dan menanyakan lokasi dimana dia berada..haz menemui pelajar tersebut dalam perjalanan kami turun kebawah...berbali kepada pelajar yang cedera tadi...kami bersepakat utk membuat stretcher menggunakan kanvas dan 2 batang kayu pokok yang ditebang,kerana agak sukar untuk memapah atau mendukungnya di sepanjang perjalanan memandangkan jalan yang begitu curam dan merbahaya..dgn bantuan beberapa fasi dan pelajar2 yang ada,Alhamdulillah,kami berjaya membawa pelajar yang cedera tersebut smpai ke bawah...

Banyak pengalaman berharga yang kami semua dapat pada trip kali ini...sesungguhnya apa yang kami hadapi banyak memberi pengajaran dan pengalaman yang amat berguna disaat-saat kritikal...
sekian dulu untuk kali ni...aku pun dah xde idea dah....
Assalamualaikum...

Thursday, March 10, 2011

Malaysia Layak ke Pusingan Kedua Kelayakan Piala Olimpik

Alhamdulillah..syukur ke Hadrat Ilahi kerana dgn IzinNya,pasukan kesayangan kita,Malaysia berjaya melayakkan diri ke pusingan kedua kelayakan piala olimpik...walaupun pada awalnya agak kecewa kerana Astro Arena dan TV1 tidak dapat menyiarkan siaran langsung atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan,namun,keputusan yg diperolehi pada malam ini sangat menggembirakan seluruh rakyat malaysia...amat terharu melihat sebahagian besar penyokong setia bola sepak malaysia yang sanggup bersusah payah mencari alternatif di internet untuk mendapatkan info terkini berkenaan perlawanan ini...sampaikan menyerbu page bola sepak pakistan di facebook,hinggakan page tersebut dimonopoli oleh keseluruhannya rakyat malaysia...ini menunjukkan sokongan yang begitu padu oleh penyokong Malaysia terhadap sukan bola sepak yang kebelakangan ini dilihat semakin meningkat naik...biarpun seri pada perlawanan kedua ini,namun berbekalkan 2 gol yang terhasil di shah alam telah cukup buat skuad negara untuk melayakkan diri ke pringkat yang seterusnya dengan agregat 2-0...untuk perlawanan seterusnya,undian akan dilakukan pada 30 Mac 2011 di Rumah AFC...
sekian untuk kali ini...semoga Malaysia akan mengorak langkah lebih jauh dalam kempen kali ini...
~PULUN MALAYSIA PULUN~
~MALAYSIA BOLEH~

Saturday, February 12, 2011

tekanan..dugaan..masalah...

Assalamualaikum...
ermm...tibe2 rse nk post ttg perkare ni...spt yg kite semua sedia maklum,xade sorg pun dlm dunia ni yg xde masalah...xkirelah masalah ape pun,pasti ade...tetapi,yang membezakannye,btape besar dugaan,atau masalah yg mnimpe kite...dan pastinye bile kite di uji dgn dugaan,dan masalah,kite akan terasa amat tertekan...tambahan pula klw dugaan yg menimpa kita tu,amat berat seperti kehilangan org yg kita syg,putus tunang,putus cinta,mslah kewangan(lagi2 klw yg berhutang dgn along tu kn)...mmg kite akn rase sgt tertekan...bg seorg pelajar,mslh dlm pelajaran amat mengganggu fikiran dan emosi pelajar tersebut...klw pointer jatuh,mak akn tye,knpe jatuh...kwn2 lak dpt pointer bagus,knpe kite dpt truk...yg dh berkahwin,dgn mslh rumahtangganya...bak kata pepatah,sedangkan lidah lagi tergigit,ape lagi suami isteri kan...isteri syak suami ade prempuan lain kt luar...tp,bile suami isteri bergaduh,yg kesiannye anak2...ade anak2 yg tak terurus...lantas,anak2 lebih suke bercampur dgn kawan2...klau kawan yg dicampur tu jenis yg baik,tak kisah la kn..tp,klw jenis yg liar tu,masalah la...yg bekerja,tekanan di tempat kerja...boss kate mcm ni,mcm tu...kne hntr ni...kne hntr tu...dlm kite berkawan pun,ade kala kite bertelagah dgn kwn kite kn...tu pun masalah jugak...mcm2 lah masalah yg dihadapi opleh setiap insan...tetapi,igtlah...setiap kesukaran yg kite hadapi,disertakan kemudahan..cuma,kita prlu pndai menangani situasi dan masalah tersebut...bagaimana kita mngawal perasaan kite...yg pntg,kite bykknlah dekatkn dri kite dgn Pencipta kite...wlw seberat mne pun dugaan yg kite hdapi,igtlah,kita mampu menghadapinya...kerana Allah tak akan menguji hambanya melebihi kemampuan seorg hamba itu...Allah lah tmpat kite bergantung..Allah lah tmpt kita meminta pertolongan kerana Allah lah sebaik-baik pemberi pertolongan...ape yg berlaku itu,ade hikmah yg tersembunyi...mgkin kite tak nmpak hikmah yg tersembunyi tu skrg...tp,psti satu hri nnt,kite akan sedar juga akan hikmah tersebut..dan tatkala kita mengetahui mengapa ianya terjadi,pasti kita akn bersyukur...org yg disayangi oleh Allah,pasti akn diuji olehNya...maka,jgnlah berduka cita jika kita ditimpa pelbagai masalah,dugaan..kerana itu mnunjukkan,Allah sygkn kita...Para Nabi dan Rasul juga menerima dugaan yg besar dlm hidup mereka..oleh itu,hendaklah kita tabah dalam mengharungi setiap dugaan dan cabaran dlm hidup kita ini...igtlah,Allah sentiasa ada untuk membantu kita...sentiasalah berdoa dan mendekatkan diri denganNya...walau apa jua musibah yg kita hadapi,terimalah dgn hati yg redha dan ikhlas...jgnlah kita merasa putus asa dgn dugaan yg dihadapi...terimalah dgn hati yg tenang...akhir kata dari saya..."walau seberat mane pun dugaan yang kite terima,igtlah,terdapat insan dlm dunia ini yg mndapat dugaan yg jauh lebih berat dari apa yg kita terima"...sekian...
~~~JusTicE iN LifE~~~

Thursday, February 10, 2011

MALAYSIA VS HONG KONG[FRIENDLY]

Assalamualaikum....
sekalung tahniah diucapkan kepada barisan pemain2 skuad kebangsaan kerana berjaya menewaskan Hong Kong dlm perlawanan persahabatan pada mlm ini(9februari2011) dgn jaringan 2-0..tahniah kepada Safiq Rahim(kapten) dan Amirul Hadi kerana menjaringkan gol pada perlawanan tersebut...walaupun ni hanyalah perlawanan persahabatan,namun ianya memberi tanda positif yang bola sepak Malaysia sedang meningkat naik dan tidak mustahil satu hari nnti,kita akan berada sebari dgn jaguh2 Asia seperti Jepun, dan Korea...kita juga berharap lebih ramai pemain kita akan bermain di luar negara..secara tak langsung,ia akn mencungkil bakat2 baru dlm negara bagi mengisi kekosongan yang ada setelah pemain2 berhijrah ke kelab2 di luar negara...apa2pun,selamat maju jaya diucapkan kepada Bola Sepak negara...Majulah Sukan Untuk Negara...Malaysia boleh....~~JucTicE iN LifE~~

Wednesday, February 9, 2011

AsRamAkU RumAhkU....

Assalamualaikum..hai..erm...tibe2 ptg2 ni tigt kat Asramaku yang sgt kucintai..Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar...Asramaku Rumahku...itulah yg kami sebut2kan dlu..yg cuba diserapkan oleh warden kesayangan kami,Cikgu Salleh bin Md Taib...budak2 paggil "Mat Salleh"...tak lupa juga isteri beliau,Makcik Bee...disamping itu,turut membantu menjaga kami,Cikgu Ahmad dgn Cikgu Samsudin a.k.a Pak Sam...disinilah kami diasuh menjadi seorang manusia yang berguna...kami diasuh untuk melakukan setiap perkara sendiri...Asrama Tanpa Pekerja..sesuai dgn gelaran yg diberi,segala kerja dilakukan oleh pelajar2...soal kebersihan dari pintu masuk asrama hinggalah ke kawasan belakang asrama,semuanya mnjadi tanggungjawab setiap pelajar asrama..stiap pagi,cikgu akn kejutkan kami dgn deringan loceng,diikuti dengan bacaan ayat suci Al-Quran seawal pkul 5.30 pagi...smua pelajar bgun dgn mata yg berat...kdg2 dgr bunyi pntu diketuk oleh "hanger" oleh senior...bg pljr lelaki,semua akn berebut2 mndi dikolah...sblum azan subuh,semua pelajar telah berada dlm surau(tp,kdg2 ad jgk yg lwt..tp dlm 2,3 org je la) smbil membaca Al-Quran,tdk kurg yg tdo..huhu...lpas solat subuh,geng2 senior masing2 bsiap utk ke sekolah..form1&form2 kna la kemas dorm,sapu sampah,lap tingkap...cadar2 ditarik cekang2..katil sapa xkemas,mmg siap la...lpas tu,semua pi mkn srapan...lpas sarapan,roll call..msa tu la smua bca doa,nyanyi lgu negaraku,lgu kedah,lagu anak kecil main api...pastu,klw ada yg xkena,haa...semua la kna mrah,kna basuh time ni dgn cikgu salleh...hehe...dh slesai..bdk2 junior kna la wat kecerian,lpas tu kna study..ptg plak,senior stdy pkul 3 ptg..pastu wat keceriaan...lpas wat keceriaan,ada la yg main bola kat blkg...smpai kna marah sbb main lma sgt...pastu smua mndi,mkn..msuk surau bca Al-Quran sblum mghrib..lpas maghrib,ada la skit tazkirah,xpun ada pengumuman nk wat...utk bdk2 nk amik PMR dgn SPM,sblum mghrib akn baca Yassin..bkn dkt2 exam,awai2 bulan 1 lgi...hmm...mlm lak stdy..senior ada yg stdy kt kelas..yg junior smua stdy kt dewan mkn..lpas stdy,mnum mlm..pastu,kul 11 dh kna light off...tp yg senior kna smbung stdy lg..ikut suka la smpai pkui bpa...mcm ni la hri2...yg plg best klw jumaat dgn sabtu...cuti..wat keceriaan besar-besaran...ada la yg kna cat bangunan,trim pokok,cuci kolah,tanam pokok,cuci longkang,dan byk lgi kja2 khas yg dilakukan oleh geng2 saham..slalunya geng2 senior la sbb dh dpt kpercayaan dr cikgu..aku dgn geng2 aku slalunya kna cat2 bngunan,batu bata,dn seluruh asrama lah...antara geng2 yg slalu mngecat dgn aku,paan,am SP,pit toyol,amin,abg naim,abg hasrul,dgn sorg lgi abg tu nme ap ak xigt sgt..ramai lgi la..tp yg ni yg slalu la dikaitkn dgn cat mengecat ni...byk lgi ak nk crita pasai asrama kesayangan aku nih...tp,klw nk taip,mmg xlarat nk taip la...nnt klw ada masa lagi,aku tulis lagi la k...ok la..korg tgk la pemandangan2 indah yg diindahkan oleh pelajar2 sndiri....
kawasan 'rokol'

surau

dalam dewan makan

asrama putera

belakang tandas

asrama perempuan

dewan makan

~~AsRamAkU RumAhKu~~